suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Schalke Lakar Kemenangan Tipis Ke Atas Hoffenheim

Eric Maxim Choupo-Moting.

BERLIN: Gol tunggal Eric Maxim Choupo-Moting membantu Schalke 04 mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Hoffenheim dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan itu pada saingan Bundesliga musim ini, malam Jumaat.

Schalke hanya berjaya mencatat satu kemenangan dalam tujuh penampilan sebelum ini.

Pretasi hambar itu ternyata memberi tekanan terhadap jurulatih Andre Breitenreiter.

Namun jaringan penyerang Cameroon, Choupo-Moting pada minit ke-28 sedikit sebanyak menghadiahkan keceriaan buat Schalke pada aksi terakhir pasukan itu.

Terdahulu, percubaan Klaas-Jan Huntelaar berjaya diselamatkan penjaga gol, Hoffenheim.

Hoffenheim bangkit pada babak kedua namun usaha untuk menyamakan kedudukan tidak berjaya apabila percubaan Eduardo Vargas sedikit tersasar.

Schalke kini menduduki tangga keempat sebelum perlawanan beberapa pasukan lain pada malam Ahad.

Sementara itu, skuad kendalian Huub Stevens, Hoffenheim kekal dalam zon penyingkiran, satu mata kurang daripada zon selamat.

Namun, perlawanan paling ditunggu-tunggu adalah antara Bayern Munich yang akan menentang Hanover 96 pada malam Ahad.


Bundesliga

Artikel Berikut

Artikel Lain