suria

Mourinho 'Minat' Kendali Manchester United

BEKAS Pengurus Chelsea, Jose Mourinho masih mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengemudi Manchester United.

Pengurus dari Portugal itu dipecat daripada Stamford Bridge pada malam Khamis selepas gagal memulihkan prestasi hambar Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Chelsea tewas sembilan daripada 16 perlawanan aksi EPL menyebabkan pasukan itu hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Namun, di sebalik pemecatan itu, Mourinho dilaporkan masih menerima tawaran daripada kelab lain.

Ejen Mourinho, Jorge Mendes memberitahu ESPN bahawa bekas pengurus Chelsea itu sedang mempertimbangkan tawaran untuk musim depan.

Mourinho yang dikatakan amat berminat untuk menjadi pengurus United ketika Sir Alex Ferguson meletak jawatan pada 2013, tetap menyimpan hasrat untuk menjejak kaki ke Old Traffod, lapor Manchester Evening News.

"Dia suka mengendali United. Dia fikir dan Fergie fikir- dia (Mourinho) akan mendapat tawaran apabila Fergie meninggalkan United dan mereka bercakap mengenainya.

"Ia seolah-olah Fergie memberi gambaran bahawa mahukan Jose sebagai penggantinya. Namun dia akhirnya kembali ke Chelsea," kata Rob Beasley yang dipetik Manchester Evening News sebagai berkata kepada Radio Five.

United dalam taklimat kepada wartawan memberi jaminan bahawa mereka tidak mengharapkan pengurus sedia ada, Louis van Gaal meninggalkan Old Trafford.

Malah, United berharap pengurus dari Belanda itu akan kekal lebih lama bersama Red Devils.


Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain