suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo Beri Isyarat Kembali Ke Man United

CRISTIANO Ronaldo memberi isyarat bahawa dia akan kembali ke pasukan kesayangannya iaitu Manchester United.

Bintang bola sepak dunia itu mendakwa United masih kekal sebagai kelab isitmewa di hatinya apabila berjaya memenangi enam piala di Old Trafford sebelum berhijrah ke Real Madrid dengan nilai £80 juta.

United pada 2013 pernah berusaha untuk membawa Ronaldo kembali tetapi pemain berkenaan menyambung kontraknya selama lima tahun di Bernabeu.

Ronaldo, 30, kini mengakui gembira di Real Madrid dan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

"Kenapa tidak? Dalam bola sepak anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok.

"Saya gembira di sini, ia sebuah kelab yang hebat, tetapi untuk esok saya tidak tahu.

"Semua orang tahu saya sayangkan Manchester United. Ia sebuah pasukan yang hebat dan telah memberi banyak sokongan kepada saya," jelasnya.

Real Madrid, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain