suria

Liga Juara-Juara: Rooney Penyelamat Man United

Aksi Wayne Rooney (duduk) selepas berjaya menjaringkan gol buat Manchester United ketika menentang CSKA Moskva dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester pada awal pagi Rabu. Foto Reuters

PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney menjadi penyelamat buat pasukannya apabila berjaya menewaskan CSKA Moskva menerusi kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Gol tunggal Man United yang dicatatkan Rooney pada minit ke-79 itu membawa pasukan itu pada kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan B.

Walaupun mendominasi permainan, Man United di bawah pengurus Louis van Gaal dilihat kurang cekap dalam menembusi benteng pertahanan pasukan tamu.

Hanya pada minit ke-79, Man United dapat menangani pihak lawan yang bermula dari umpan silang Jesse Lingard, tandukan Rooney berjaya menggagalkan kawalan penjaga gol, Igor Akinfeev.

Gol ini juga lebih bermakna buat Rooney apabila jumlah 237 gol sepanjang bersama Man United, kini menyamakan kedudukannya dengan penyerang veteran, Denis Law.

Sehingga tamat permainan, Man United gagal menambah sebarang gol menjadikan pasukan Red Devils itu menang tipis dengan 1-0.

Kemenangan itu sudah cukup membawa Man United pada kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan B dengan tujuh mata.

Menerusi saingan Kumpulan B, pihak lawannya dalam pertemuan di Old Trafford berada di tempat keempat, manakala PSV Eindhoven dan VfL Wolfsburg, masing-masing mencatatkan kedudukan kedua dan ketiga.


Manchester United, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain