suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol Mara Ke Suku Akhir Klasik Qatar

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Klasik Qatar selepas menewaskan pemain England, Victoria Lust di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun dari Pulau Pinang itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menjinakkan pilihan ke-16 itu dengan 11-5, 11-5, 11-5 dalam aksi pusingan keduanya.

Nicol, pemain nombor dua dunia yang juga juara bertahan, memburu gelaran keenamnya di Doha selepas menjuarainya pada 2007 (April dan Oktober), 2008, 2010 dan 2011.

Dia akan berdepan pilihan ketujuh, Annie Au dari Hong Kong di suku akhir pada Rabu.

Untuk rekod, kategori wanita kejohanan ini tidak dipertandingkan dari 2012 hingga 2014 manakala kategori lelaki tidak diadakan tahun lepas berikutan negara itu menganjurkan Kejohanan Dunia. - BERNAMA

Nicol David, Klasik Qatar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain