suria

Mourinho Tetap Positif Urus Chelsea

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menjelaskan ‘ada usaha yang kamu tidak boleh menang’ selepas skuadnya tewas 3-1 kepada Liverpool di Stamford Bridge, pada Sabtu malam.


Pada aksi tersebut,The Blues bermula dengan baik apabila Ramires membuka jaringan seawal minit keempat permainan, namun semuanya berubah apabila pemain Liverpool, Philippe Coutinho mula menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Malah Coutinho turut menambah gol kedua sebelum pemain gantian Christian Benteke memastikan The Reds pulang dengan selesa.

Kekalahan kepada anak buah Jurgen Klopp itu menyaksikan aksi tewas keenam Chelsea liga musim ini sekaligus kekal di tangga ke-15 pasukan.

“Pemain-pemain bermain dengan baik sehinggalah mereka rasakan mustahil untuk mencari gol kemenangan.

“Apa yang berlaku pada separuh masa kedua semuanya akibat daripada saat sukar yang berlaku di padang.

“Pemain-pemain juga sedih dengan keputusan ini dan saya menghormati perasaan mereka. Kami akan lihat satu persatu perlawanan.

“Manakala saya yakin penyokong-penyokong tidak bodoh kerana mereka tahu bahawa saya dan semua pemain telah cuba  yang maksimum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mourinho mengakui ini bukanlah perlawanan terakhirnya.

“Selepas ini saya balik dan berjumpa dengan keluarga saya yang turut bersedih dengan keadaan ini.

“Saya akan cuba lupakan seketika apa yang terjadi dan esok kembali menjalani latihan bagi perlawanan pada Rabu ini,” katanya.

Chelsea bakal bertemu Dynamo Kiev bagi saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Selain itu, Mourinho enggan mengulas tindakan pemain Liverpool Lucas yang melakukan kesalahan ke atas Ramires.

“Apa yang kamu fikir? Kamu tidak akan dihukum FA (Persatuan Bola Sepak England). Saya yang akan didenda jika mengulas kepada kamu.

“Perkara itu di luar kawalan kami,” jawab Mourinho.

Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain