suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Dibelasah 10-0 Jadi Topik Panas Pengguna Laman Sosial

PETALING JAYA: Kekalahan skuad Malaysia 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan ketiga Kumpulan A bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohamed Zayed pada Khamis malam menjadi topik bualan utama yang belum pasti bila akan reda.

Malah di laman-laman sosial yang sentiasa dianggap landasan terpantas berkongsi pendapat, tidak putus-putus dengan pelbagai komen mengenai kekalahan terburuk skuad bimbingan DOllah Salleh itu.

Ironinya, peminat-peminat bola sepak tempatan bukanlah berharap untuk melihat Malaysia menang ke atas pasukan UAE yang ternyata jauh lebih baik dalam kedudukan ranking dunia (70), namun sekurang-kurangnya tewas yang tidak terlalu besar jaringannya.

Di laman Twitter, Facebook rata-rata penyokong Harimau Malaya meluahkan kekecewaan terhadap jurulatih, pemain serta badan induk bola sepak negara. Salah seorang pengikut di laman Twitter mstar online, Jani bin Ahmad memuat naik statusnya; "Pemain tidak bermain dengan semangat dan roh perjuangan. Bagi mereka yang penting glamour dan wang".

Manakala JJ@jackjehan pula berkata keputusan itu tidak teruk sangat, seban memang prestasi bola kita menurun".

Lain-lain komen dari·ISKANDAR· ‏@iman11092 ·ISKANDAR· retweeted mStar Onlinetahniah malaysia hebat"Syuhada Saharizan ‏@_ChuAre_ "Aku rase x boleh bg 100% salah dekat coach.Yg atas padang tu.Gaji besar,cuti sane sini.Korg berangan atas pdg ke?"

Harimau Malaya

Artikel Lain