Dibelasah 10-0: "Saya Tak Tahu Apa Terjadi" - Dollah Salleh - Sukan | mStar

Dibelasah 10-0: "Saya Tak Tahu Apa Terjadi" - Dollah Salleh

PETALING JAYA: Rekod kekalahan terburuk skuad bola sepak Malaysia tewas 8-2 kepada New Zealand dalam aksi perlawanan antarabangsa di Kuala Lumpur hampir 50 tahun dahulu, akhirnya berjaya diperbaharui tahun ini.

Malah rekod baharu yang ditempa pemain-pemain Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi pada Khamis malam itu akan lebih dikenang apabila tewas 10-0 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Peliknya kekalahan itu gagal diperjelaskan oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh yang kelihatan seperti 'dipukau' oleh keputusan tersebut.

"Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

"UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.

"Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. 

"Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

"(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

UAE , Malaysia , Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain