suria

Terbuka AS: Venus, Nadal Mara Ke Pusingan ketiga

VENUS Williams terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan menewaskan rakan senegara,  Irina Falconi, 6-3 (2)6-7 6-2 pada aksi pagi Khamis.

Juara dua kali di laman sendiri, Flushing Meadow ini menguasai set pertama dengan mudah namun gagal menamatkan perlawanan pada set kedua sehingga dipaksa Falconi bermain pada set penentuan.

Kedua-kedua pemain kelihatan tenang melakukan servis masing-masing sejak awal permainan, namun Williams berjaya menjumpai rentaknya sendiri pada set terakhir.




Williams bakal bertemu pemain muda Switzerland, Belinda Bencic pada aksi ketiga nanti.

Sementara itu, pada aksi sebelumnya, bekas pemain No.1 dunia yang masih mencari aksi konsisten, Rafael Nadal juga mara ke saingan ketiga selepas menewaskan Diego Schwartzman secara straight set 7-6(5), 6-3 7-5.


Nadal mengambil masa dua jam 41 minit untuk mengetepikan pemain dari Argentina itu.

Juara 2010 dan 2013 ini bakal bertemu Fabio Fognini dari Itali pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain