suria

Barcelona 1-0 Malaga: Thomas Vermaelen Jadi Penyelamat

Hero Barcelona, Thomas Vermaelen (kiri) bersahaja ketika rakan sepasukannya Jordi Alba meluru untuk memeluknya selepas pemain pertahanan itu menjaringkan gol tunggal kelabnya untuk menumpaskan Malaga 1-0 pada Sabtu.

> Pemain Belgium itu muncul hero Barca dengan menjaringkan gol lewat perlawanan

> Ini adalah kemenangan 1-0 yang kedua untuk Barcelona dalam perlawanan awal Liga

> Luis Suarez, Lionel Messi dan Neymar semuanya diturunkan tetapi masih gagal jaringkan gol

THOMAS Vermaelen menyertai Barcelona setahun yang lalu tetapi untuk tempoh itu juga dia tidak pernah diturunkan bermain ekoran kecederaan yang berpanjangan.

Namun pada malam Sabtu, kehadirannya boleh dianggap membawa tuah kepada Barcelona kerana jaringannyalah yang membawa kemenangan 1-0 ke atas Malaga.

Barcelona menurunkan tiga penyerang handalam mereka - Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar - namun ketiga-tiga mereka tidak dapat memecah benteng pertahanan Malaga yang jitu dan kukuh sehinggalah Vermaelen, seorang pemain pertahanan memecah kebuntuan dengan golnya pada minit ke-73.

Dan Vermaelen diturunkan bermain pun hanya kerana Gerard Pique digantung perlawanan setelah menerima kad merah dalam perlawanan pembuka musim minggu lalu.

Mungkin selepas ini Luiz Enrique akan berhadapan dengan kesukaran untuk merehatkan Vermaelen semula kerana dia bukan sahaja menjadi penyelamat kelab itu malah bermain dengan baik dan solid di barisan pertahanan.

BARCELONA (FORMASI: 4-3-3): Bravo; Sergi Roberto, Mascherano, Vermaelen, Alba (Mathieu 89 mins); Busquets, Rakitic (Rafinha 64) Iniesta; Messi, Suarez, Neymar (Sandro 85).

SIMPANAN TIDAK DITURUNKAN: Ter Stegen, Bartra, Munir, Gumbau.

GOL: Vermaelen 73.

MALAGA (FORMASI: 4-2-3-1): Kameni; Rosales, Angeleri, Weligton (Albentosa 25), Torres; Horta, Tissone, Recio; Juankar, Amrabat (Charles 53); Cop.

SIMPANAN TIDAK DITURUNKAN: Oschoa, Espinho, Duda, Boka, Juanpi.

Artikel Berikut

Artikel Lain