suria

Memphis Depay Bakal Jadi Hero Rangkul Juara Buat Man United

Memphis Depay. Foto Reuters

PEMAIN Manchester United yang baharu, Memphis Depay mendapatkan sokongan padu daripada rakan pasukan dari skuad kebangsaan Belanda, Arjen Robben mengenai perpindahannya ke Old Trafford.

Memphis yang berhijrah ke Old Trafford dari PSV Eindhoven pada musim panas menerusi perpindahan £25 juta (RM160.88 juta) membuat kejutan apabila mencatatkan dua gol dalam perlawanan pertamannya bersama kelab Red Devilds.

Ia sekali gus memberikan kemenangan 3-1 buat Manchester United ketika menentang Brugge dalam saingan pra-kelayakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Rabu.

Hero terbaharu itu dikatakan bakal mengikut jejak kejayaan bintang bola sepak menerusi jersi ikonik nombor tujuh seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Menurut Robben, Memphis mampu mengembalikan kegemilangan buat Manchester United dengan merampas semula gelaran juara.

"Dia (Memphis) boleh menjadi salah satu pemain paling bagus di dunia di Manchester United," kata Robben yang merupakan bintang Bayern Munich.

"Dia sudah berada di tahap yang tinggi, tetapi bermain di salah sebuah kelab gergasi di dunia akan membuatkan dia lebih baik. Manchester United mahu mendapatkan semula trofi kejuaraan, dan dia akan menjadi penyumbang terbesar," katanya. - Mirror

Memphis Depay, Manchester United

Artikel Lain