suria

Chelsea Rampas Pedro Dari Tangan Man Utd Pada Harga £21.1 Juta

Pedro

> Manchester United hilang minat selepas mandapat tahu Pedro menunjukkan kecenderungan ke London

> Jose Mourinho sendiri menelefon Pedro untuk menyakinkan pemain itu tempatnya ialah di Chelsea

> Ketua Eksekutif United, Ed Woodward sebelum itu terbang ke Barcelona untuk berunding

> Namun pemilik Chelsea Roman Abramovich pantas memintas selepas menyaksikan pasukannya merudum dalam liga

> Chelsea rebut peluang itu dengan menawarkan £21.1 Juta kepada Barcelona

> Chelsea kemudian dengan segera serah wang pendahuluan sebanyak £19 juta berbanding £17 juta oleh United

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dengan pantas menyambar Pedro dari tangan Manchester United dengan menawarkan £21.1 Juta kepada Barcelona dan kemudian dengan segera menyerahkan wang pendahuluan sebanyak £19 juta.

Manchester United yang hanya bersedia menawarkan deposit sebanyak £17 juta menjadi tawar hati apabila mengetahui yang Jose Mourinho, pengurus Chelsea menelefon Pedro sendiri untuk menyakinkan pemain Sepanyol itu yang tempatnya ialah di London bersama mereka dan bukannya di Utara bersama United.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward yang terbang ke Sepanyol pada Isnin untuk memulakan rundingan dengan Barcelona terus menarik diri pada Selasa selepas mendapati yang peluang mereka mendapatkan Pedro semakin tipis.

Woodward yang kemudiannya merujuk kepada pengurus United, Louis van Gaal berhubung situasi terkini di Barcelona telah dimaklumkan supaya membatalkan hasrat mendapatkan pemain berkenaan.

Pada masa yang sama, Pedro pula menjadi tawar hati untuk berhijrah ke Manchester sebagaimana rancangan asalnya selepas mendapati yang kelab berkenaan seperti acuh tidak acuh dengan pelawaan untuk mendapatkannya.

Jose Mourinho yang berhadapan dengan krisis mendadak apabila pasukannya gagal memperolehi enam mata penuh dalam dua perlawanan pembukaan liga melihat ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan salah seorang penyerang berbisa di Eropah.

Pasukannya kini kegersangan gol selepas penjaring terbanyak musim lalu Diego Costa berhadapan dengan masalah kecergasan buat masa ini.

Jika menyertai Chelsea, Pedro akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Cesc Fabregas.

Pedro dijangka menjalani ujian perubatan dan kecergasan di Stamford Bridge, pada lewat Rabu.

Keputusan ini juga sudah pastinya mengecewakan beribu peminat United yang pada awalnya menjangakakn yang mereka akan menerima kedatangan penyerang berusia 28 tahun itu.

Namun begitu bagi Van Gaal, dia sudah pun memiliki seorang penyerang yang jauh lebih muda dan berbakat berbanding Pedro itu Memphis Depay yang telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah menentang Club Brugge awal pagi Rabu.

United menang 3-1.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super, Rabu

Artikel Lain