suria

Rafael Nadal Tumpaskan Fabio Fognini Untuk Juarai Terbuka Hamburg

BEKAS pemain nombor satu dunia dan pakar di gelanggang tanah liat, Rafael Nadal membuktikan yang era kegemilangannya masih belum berakhir dengan menumpaskan pemain Itali, Fabio Fognini 7-5 7-5 untuk muncul juara Terbuka Hamburg.

Ia adalah kejuaraan yang ketiga buat Nadal, 29, di Terbuka Hamburg. Kali terakhir Nadal menang di sini ialah pada tahun 2008.

Hamburg adalah gelanggang tanah niat.

Pada masa yang sama ia juga adalah gelaran juara yang ketiga baginya sepanjang tahun ini.

Kejohanan ini adalah yang pertama buat Nadal selepas kecundang di pusingan kedua Wimbledon bulan lalu.

Dan dengan Fognini pula, dia telah tewas sebanyak dua kali tahun ini sebelum berjaya membalas dendam dalam Terbuka Hamburg ini.

Lebih manis lagi, ini adalah kejuaraannya yang ke-67 sepanjang karier profesionalnya.

Daripada jumlah itu, 47 gelaran juaranya adalah atas gelanggang tanah liat.

Rafael Nadal, Terbuka Hamburg

Artikel Lain