suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maradona Tanding Presiden, Mahu Tentang 'Mafia' Dalam Fifa

Diego Maradona
DIEGO Maradona berikrar untuk menentang 'mafia' yang masih kekal dalam Fifa ketika banyak cakap-cakap menyatakan bahawa beliau berpotensi untuk menjadi presiden berikutnya.

Bekas pemain ikonik Argentina itu mendakwa beliau mendapat sokongan daripada beberapa pemain yang meminta supaya beliau mencabar Sepp Blatter yang memegang jawatan presiden sejak Jun 1998.

"Ada pemain yang menyokong saya. Saya perlu berjuang dengan orang-orang yang telah lama mencuri dari Fifa," katanya kepada Canal Amerika.

"Saya akan bertanding untuk Fifa. Saya perlu menentang mafia. Saya perlu menentang mafia yang masih bersama dengan Fifa.

"Saya perlu katakan kepada semua warga Argentina bahawa saya kuat, bahawa saya tidak akan gagal dan mempunyai banyak tulang belakang."

Presiden UEFA Michel Platini dan Naib Presiden Fifa dari Korea Selatan Chung Mong-Joon telah mengumumkan pencalonan mereka untuk mengambil alih Fifa.
Diego Maradona, presiden Fifa

Artikel Lain