suria

Persahabatan Antarabangsa: Kiko Casilla Selamatkan Real Madrid

Aksi Kiko Casilla ketika mengambil sepakan penalti ketika bertemu AC Milan di Shanghai. -foto AFP
KIKO Casilla menjaringkan gol kemenangan 10-9 untuk pasukan baharunya, Real Madrid menerusi sepakan penalti dalam aksi persahabatan antarabangsa bertemu AC Milan.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Stadium Shanghai dan Real Madrid khususnya mendapati sukar untuk mereka membuat mencipta peluang.

M'Baye Niang mempunyai peluang terbaik pada separuh pertama, dengan dua percubaan namun berjaya diselamatkan penjaga gol Keylor Navas.

Real Madrid memulakan aksi tanpa James Rodriguez, tetapi mempunyai Gareth Bale, Cristiano Ronado dan Karim Benzema.

Pada separuh masa kedua, bilangan besar penggantian mengganggu permainan, tetapi aksi Real Madrid bertambah baik.

Pada aksi penentuan, penjaga gol berusia Milan berusia 16 tahun Gianluigi Donnarumma mengambil penalti namun berjaya diselamatkan Casilla yang akhirnya membantu Real Madrid menerusi sepakan penaltinya untuk memastikan kemenangan dengan mata 10-9.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain