suria

Cub Prix: Pusingan 6 Bersambung Di Kangar

PELUMBA dan pasukan yang beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali tampil membuat persediaan rapi setelah penganjur kejuaraan mengumumkan di mana Kangar, Perlis bakal menjadi venue bagi pusingan keenam yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos depan.

Pada asalnya negeri utara tanah air itu dijadualkan sebagai lokasi bagi pusingan kelapan kejuaraan namun akan digantikan dengan venue baharu yang akan diumumkan sedikit masa lagi.

Sama seperti musim lepas, perlumbaan akan berlangsung di Stadium Syed Putra yang menyaksikan kategori CP130 menjadi milik juara musim 2014, Mohd Zaqhwan Zaidi.

Berbaki lima pusingan lagi, Ahmad Fazrul Sham kini mendahului kategori perdana CP130 dengan 70 mata termasuk dua kemenangan berturut-turut yang diraih oleh pelumba Yamalube AHM itu.

Fazli diekori rapat oleh abangnya, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang sekadar ketinggalan enam mata di belakang. 

Sementara itu, kelas CP115 dikuasai oleh Kasma Daniel Kasmayudin dengan 95 mata sambil diekori Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) dengan 86 mata manakala Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) ketiga, 49 mata.

Cub prix, Kangar, pusingan 6

Artikel Lain