suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Hamburg: Nadal Kuasai Pusingan Pertama Tewaskan Verdasco

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal bangkit memberi saingan sebelum mencatat kemenangan pusingan pertama 3-6 6-1 6-1 ke atas rakan senegaranya Fernando Verdasco pada aksi Terbuka Hamburg awal pagi Rabu.

Pada set pertama, juara sembilan kali Terbuka Perancis itu tewas mengejut 3-6 kepada Verdasco namun mengubah corak permainan pada set kedua dan ketiga.

"Ini merupakan kemenangan penting bagi saya untuk menamatkan permainan lebih baik berbanding dengan cara saya memulakannya.

"Kebolehan mengubah corak permainan dengan lebih baik adalah sesuatu yang positif bagi saya. 

"Saya sangat gembira dengan perubahan yang berlaku (corak permainan) berbanding sebelum ini," jelasnya.

Nadal bakal berdepan dengan Jiri Vesely atau Andreas Haider-Maurer pada pusingan kedua nanti.

Keputusan pusingan pertama:

Simone Bolelli (Itali) mn Lukas Rosol (Czech Republic) 7-6(3) 7-6(6) 

Fabio Fognini (Itali) mn Jeremy Chardy (Perancis) 6-3 6-7(5) 6-4 

Tommy Robredo (Sepanyol) mn Alexander Zverev (Jerman) 6-7(3) 6-4 6-2 

Rafa Nadal (Sepanyol) mn Fernando Verdasco (sepanyol) 3-6 6-1 6-1 

Benoit Paire (Perancis) mn Philipp Kohlschreiber (Jerman) 6-3 3-6 6-1 

Juan Monaco (Argentina) mn Ernests Gulbis (Latvia) 6-3 6-7(5) 6-3 

Andreas Seppi (Itali) mn Martin Klizan (Slovakia) 6-2 6-4

Roberto Bautista (Sepanyol) mn Borna Coric (Croatia) 6-3 6-4 

Aljaz Bedene (Britain) mn Daniel Gimeno-Traver (Sepanyol) 6-4 6-1

Terbuka Hambuirg, Rafael Nadal

Artikel Lain