suria

Wimbledon: Djokovic Bergaya Ke Separuh Akhir

Djokovic memeluk Cilic selepas menang aksi suku akhir awal pagi Khamis.

NOVAK Djokovic mencatat kemenangan 6-4 6-4 6-4 ke atas juara Terbuka Amerika Syarikat, Marin Cilic sekaligus mara ke saingan separuh akhir Wimbledon.

Juara bertahan itu mengambil masa 1 jam 49 minit untuk menyingkir Cilic tanpa saingan sengit seperti mana yang dihadapi ketika aksi pusingan keempat bertemu Kevin Anderson.

Pemain No.1 dunia dari Serbia itu bakal bertemu juara Terbuka Perancis Richard Gasquet pada aksi separuh akhir awal pagi Jumaat ini.

"Ia merupakan aksi sempurna selepas mengharungi detik sukar sebelum ini. 

"Sejak awal permainan, saya bermain dengan baik dan teruja mara ke aksi separuh akhir," jelas Djokovic yang juga juara Wimbledon 2011 dan 2014.

Wimbledon, Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain