suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi Enggan Terima Anugerah Pemain Terbaik Copa America

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dilaporkan enggan menerima trofi Pemain Terbaik Copa America selepas pasukannya Argentina tewas kepada Chile dalam saingan akhir pada Ahad.

Menurut laporan di Argentina, pegawai-pegawai yang terlibat dalam kejohanan ini diminta untuk mengalihkan trofi pemain terbaik kejohanan berikutan Messi menolak untuk menerimanya.

Bukti laporan tersebut kukuh berdasarkan video yang menunjukkan trofi yang diletakkan di pentas itu dialihkan sebaik sahaja pasukan Chile menang melalui sepakan penalti ke atas Argentina.

Messi dikatakan telah memberitahu pegawai kejohanan agar tidak menyerahkan trofi itu kepadanya ketika majlis penyampaian hadiah di Stadium Nasional Chile di Santiago.

Messi begitu kecewa dengan kekalahan tersebut malah dia turut dikritik kerana gagal menyerlah dan menjaringkan gol sejak awal perlawanan.

Gol tunggal daripadanya hanyalah ketika aksi penalti ke atas Paraguay selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir.

Lionel Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain