suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Azraai Letak Jawatan Di Kelantan

PETALING JAYA: Mohd Azraai Khor meletak jawatan selaku jurulatih pasukan Kelantan.

Keputusan mengejut Azraai Khor dikatakan berpunca daripada keputusan buruk pasukan The Red Warriors selepas tewas 3-0 kepada Lions XII pada aksi Liga Super di Jalan Besar pada Sabtu lalu.

Pasukan Kelantan kini berada di kedudukan kesepuluh liga daripada 12 pasukan dengan 11 mata dalam 12 aksi.

Mohd Azraai merupakan jurulatih kedua Kelantan musim ini dengan menggantikan George Boateng Mac lalu.

Bagaimanapun Mohd Azraai enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu ketika dihubungi dan hanya mengesahkan peletakan jawatan dibuat melalui aplikasi WhatsApp.

Mohd Azraai antara jurulatih yang disegani dengan beberapa rekod pencapaian cemerlang ketika bersama Kedah (2004-2008), Negeri Sembilan (2011-2012) namun gagal merangkul sebarang trofi  bersama Perak (2012-2013) dan T-Team (2013-2014).

Selain itu, sepanjang aksi Liga Malaysia musim ini, seramai enam orang jurulatih telah berhenti atau diberi cuti oleh majikan masing-masing.

Sebelum ini pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim, Boateng (Kelantan), B.Sathianathan (ATM), Bojan Hodak (JDT) dan Aminuddin Hussien (Kuantan FA).

Mohd Azraai Khor, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Lain