suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Jual Penyerang Muda Skuad Juara Copa America

MANCHESTER United dilaporkan bersetuju untuk menjual penyerang mudanya, Angelo Henriquez kepada Dinamo Zagreb.

Pemain skuad juara Copa America, Chile itu sebelum ini dipinjamkan kepada kelab Croatia, Zagreb oleh Louis Van Gaal dan berjaya menghasilkan 20 gol daripada 25 penampilan.

Bagaimanapun berdasarkan laporan akhbar Manchester Evening, United telah membuat keputusan untuk lagi membenarkan pemain tersebut pulang ke Old Trafford pada masa depan.

Henriquez dibawa ke United oleh Alex Ferguson pada 2012, tetapi gagal mendapatkan permit pekerjaan. Berikutan itu kelab tersebut meminjamkan pemain itu kepada Wigan Athletic selama enam bulan.

Penyerang yang tidak digunakan itu berjaya membantu United menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Van Gaal dikatakan tidak berminat terhadap khidmat Henriquez dan sedia menjualnya kepada kelab yang berminat.

Chile, Manchester United

Artikel Lain