suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nigel Pearson Dipecat Sebagai Jurulatih Leicester

NIGEL Pearson dipecat sebagai jurulatih Leicester City oleh pemilik kelab itu yang merupakan jutawan dari Thailand.

Pearson yang berjaya menyelamatkan Leicester untuk terus kekal di Liga Perdana Inggeris dikatakan telah dipecat menerusi panggilan telefon.

Jurulatih berusia 51 tahun itu diberi pampasan sebanyak £1 juta oleh Srivaddhanaprabha, sebelum pemilik kelab berkenaan mencari penggantinya.

Leicester dalam satu kenyataan mendakwa, telah wujud perbezaan yang jelas antara Pearson dengan kelab itu.

"Kelab percaya bahawa hubungan kerja antara ahli lembaga pengarah dan Nigel tidak diperlukan lagi," katanya yang turut mengesahkan mengenai pemecatan itu.








Leicester

Artikel Berikut

Artikel Lain