suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad B-13 PPBN Pertahan Rekod Tanpa Kalah Di Portugal

KUALA LUMPUR: Skuad bola kebangsaan Bawah 13 Tahun di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memulakan kempen dengan bergaya pada Piala Iber 2015 selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut pada pusingan awal kejohanan di Portugal.

Anak-anak didik Lim Teong Kim menewaskan pasukan dari Sweden, Segeltorps IF  2-1 pada perlawanan pembukaan sebelum membenam pasukan tuan rumah, Dragon Force Lisboa 7-0 pada perlawanan kedua di Kompleks Sukan Jamor di Portugal pada Selasa.

Pasukan kebangsaan akan menamatkan perlawanan pusingan awal menentang satu lagi pasukan tuan rumah, SC Linda-a-Velha di Stadium Oeiras pada Rabu.

Skuad itu baru-baru ini merangkul kejuaraan Piala Iber di Sepanyol selepas menumpaskan skuad Sporting Lisbon Academy 2-1 dalam aksi final.

PPBN, Portugal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain