suria

Nadal Sedia Hadapi Lawan Dari Jerman

BEKAS juara Wimbledon 2010, Rafael Nadal berikrar akan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertarungan menentang lawan dari Jerman yang telah menewaskannya di gelanggang rumput tahun ini.

Tiada kejutan pada pusingan pertama bagi Nadal, Roger Federer, dan Andy Murray setelah ketiga-tiga bintang ini memenangi perlawanan mereka dengan keputusan 'stright set' pada Selasa.

Menjadi saingan Nadal pada Khamis ini adalah Dustin Brown, pemain yang mampu memberikan tekanan kepada Nadal di atas gelanggang rumput setelah menewaskan pemain kebangsaan Sepanyol itu di Halle, Jerman pada Jun tahun lalu.

"Ia merupakan perkara yang sukar untuk memikirkan tentang keadaan permainan yang akan berlangsung ini kerana dia bukanlah pemain yang biasa jadi apa sahaja boleh berlaku.

"Dia menewaskan saya tahun lalu di Halle jadi saya menganggap ini perlawanan yang berbahaya dan dia juga telah memenangi perlawanan pertama dengan menewaskan lawan yang hebat iaitu Lu Yen-hsun.

"Saya rasa dia akan hadir ke perlawanan ini dengan penuh keyakinan tetapi saya akan cuba untuk membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi cabarannya," kata Nadal selepas menewaskan pemain kelahiran Brazil, Thomas Bellucci 6-4, 6-2, 6-4.

Brown yang pernah mewakili Jamaica sehingga 2010 menewaskan lawannya dari Taiwan itu dengan keputusan 3-6, 6-3, 7-5, 6-4.


Rafael Nadal, Jerman

Artikel Lain