suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium Millennium Hos Final Liga Juara-Juara Eropah 2017

STADIUM Millennium dan Stadium Cardiff akan menjadi lokasi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bagi kategori lelaki dan wanita pada 2017.

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) juga mengumumkan Arena Friends di Stockholm, Sweden akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Liga Europa.

Mesyuarat jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak Eropah diadakan di Prague untuk membincangkan mengenai topik tersebut dan Cardiff dilaporkan telah lama menjadi pilihan kegemaran bagi acara tersebut pada 2017.

Stadium Millennium yang merupakan stadium nasional Wales dimiliki oleh Kesatuan Ragbi Wales, dibina pada 1999 dan merupakan lokasi bagi perlawanan akhir Piala FA Inggeris dari 2001 hingga 2006 sebelum Stadium Wembley siap dibina.

Stadium itu juga mampu memuatkan 74,500 penonton dan merupakan lokasi bagi perlawanan bola sepak pada Sukan Olimpik 2012.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain