Copa Amerika: Chile Singkir Uruguay 1-0, Mara Ke Separuh Akhir - Sukan | mStar

Copa Amerika: Chile Singkir Uruguay 1-0, Mara Ke Separuh Akhir

Isla menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus menewaskan Uruguay.

PERLAWANAN suku akhir Copa Amerika menyaksikan saingan sengit di antara tuan rumah, Chile yang menang tipis ke atas Uruguay awal pagi Khamis.

Ternyata perebutan tiket ke pentas separuh akhir bukan mudah sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang agak kasar.

Pun begitu, pemain pinjaman Queens Park Rangers, Mauricio Isla berjaya membawa Chile ke separuh akhir pada minit ke-81 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Sebelum itu, pasukan Uruguay selaku juara bertahan terpaksa bermain dengan aksi sembilan pemain selepas Edinson Cavani dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning pada minit ke-63.

Sejak itu, rentak permainan anak buah Oscar Tabarez ini mula berubah yang lebih kepada aksi keras terhadap lawan.

Chile yang dibimbing Jorge Sampaoli bakal bertemu dengan Bolivia atau Peru yang akan beraksi dalam satu lagi perlawanan suku akhir awal pagi Jumaat.

Copa Amerika , Uruguay , Chile , suku akhir

Artikel Sebelum

Firmino Pilih Jersi No.11 Di Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!