suria

Jackson Martinez Sah Ke Atletico Madrid

Jackson Martinez

PENYERANG antarabangsa Colombia, Jackson Martinez, disahkan akan berpindah ke Atletico Madrid.

Ejennya, Luiz Henrique Pompeo berkata, Martinez akan menandatangani kontrak empat tahun selepas Atletico Madrid bersetuju untuk membayar 35 juta Euro.

Ketika ini, pemain berusia 28 tahun itu bersama pasukan kebangsaannya dalam saingan Copa Amerika.

Sebelum ini, Martinez dikatakan akan berpindah ke AC Milan sebelum Atletico mengumumkan turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

"Perpindahan ini akan diselesaikan hari ini dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Milan ke atas minat mereka untuk mendapatkan Jackson.

"Kami bangga di atas kesungguhan mereka tetapi Jackson tidak boleh bermain bersama dua kelab pada satu masa.

"Atletico adalah  merupakan kelab yang besar dan telah mencapai keputusan cemerlang di Sepanyol serta di Eropah dan Jackson mahu ke sana untuk meningkatkan lagi kemampuannya," kata Luiz.

Martinez akan menjadi penyerang kedua yang berhijrah ke Vicente Calderón selepas Atletico berjaya mendapatkan khidmat pemain Villarreal, Luciano Vietto.

Martinez menyertai Porto dari Chiapas pada 2012 dan menjaringkan 21 gol dalam liga musim lalu.


Artikel Lain