suria

Exco Anggap Denda Terhadap PBSNT Melampau

HULU TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat menganggap  denda yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebagai melampau dan membebankan.

Beliau nyata beliau kecewa dengan denda RM87,500 itu dan pasukan negeri terpaksa bermain satu perlawanan tanpa penyokong di samping terdapat  pemain digantung selama enam bulan.

"Kita faham dengan tindakan yang dikenakan, tapi mereka (FAM) kena tahu perkara yang berlaku (membakar suar dan membuat kecoh) bukan berlaku masa perlawanan, tapi ianya sudah di luar perlawanan," katanya di sini, Rabi dan meminta agar FAM turut tidak bersikap 'double standard'.

Rozi mahu PBSNT supaya mengambil tindakan segera dengan melihat semula dan mengkaji balik keputusan denda itu.

"Saya minta PBSNT sama ada ambil peguam atau hantar bantahan kepada FAM," katanya.

Beliau berkata beliau akan turut membawa perkara tersebut dalam mesyuarat kerajaan negeri untuk menentukan keputusan seterusnya.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan denda kerana tindakan penyokong membakar suar dan membuat kecoh pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA ketika Terengganu menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 Mei lalu.

Penyerang import Paulo Rangel turut digantung perlawanan selama enam bulan.-- Bernama

Rozi Mamat, PBSNT, FAM

Artikel Lain