suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firmino Pilih Jersi No.11 Di Liverpool

Firmino (kiri) bergambar dengan jersi Liverpool bersama ketua eksekutif kelab, Ian Ayre di Chile pada Selasa.

ROBERTO Firmino memilih Nombor 11 pada jersi Liverpool yang akan dipakainya musim baharu ini, sama seperti nombor pada jersi negaranya, Brazil.

Liverpool melabur 29 juta pound (RM171 juta) untuk mendapatkan bekas pemain Hoffenheim ini sekaligus menjadikan pemain kedua tertinggi dalam sejarah perpindahan kelab selepas Andy Carroll - £35 juta - Januari 2011.

Ketika menjalani ujian kesihatan pada Selasa di Chile (berikutan terlibat dengan aksi Copa Amerika), Firmino yang bermain di bahagian serangan meminta untuk memakai jersi No.11.

Sebelum ini, Firmino dijangka akan memakai No.7 yang dianggap sebagai ikon di Anfield seperti yang pernah dipakai oleh Kevin Keegan, Kenny Dalglish dan Luis Suarez, namun sebaliknya berlaku.

Penghargaan No. 7 itu  diberikan kepada James Milner yang secara rasminya akan menjadi pemain Liverpool bermula 1 Julai ini.

Milner yang mendapat tawaran tertinggi untuk berpindah ke Liverpool turut memakai No.7 ketika bersama Manchester City.

No.7 di Liverpool sebelum ini belum diisi sejak musim lalu berikutan perpindahan Suarez ke Barcelona.

Firmino bersetuju mengikat kontrak lima tahun bersama The Reds dengan gaji mingguan bernilai lebih daripada 100,000 pound (RM589,030) seminggu.

Pemain berusia 23 tahun ini menjadi pemain baharu Liverpool yang kelima setakat ini.

Roberto Firmino, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain