suria

Southampton Dapatkan Juanmi

Juanmi.

HASRAT Southampton untuk mendapatkan pemain Malaga, Juan Miguel Jiménez López atau Juanmi akhirnya berhasil.

Pasukan dengan gelaran The Saints itu mengikat kontrak bersama pemain berusia 22 tahun tersebut selama empat musim.

Dilaporkan, tiada ada maklumat rasmi mengenai berapa peruntukan yang dikeluarkan oleh Southampton untuk mendapatkan Juamni.

Bagaimanapun, perpindahan ini dipercayai bernilai lima juta pound (RM29.31 juta), bersesuaian dengan klausa yang terkandung dalam kontraknya bersama Malaga.

Berita perpindahan itu disambut baik oleh Pengarah Bola Sepak The Saints, Les Reed.

"Juanmi merupakan pemain muda dan pemain yang mempunyai tarikan. Dia diintai secara dekat oleh pihak kami dalam tempoh yang lama dan kami harus bertindak segera untuk mendapatkannya apabila mempunyai peluang itu untuk Southampton," kata Reed kepada Saintfc.co.uk.

"Mendapatkan pemain yang mempunyai potensi pada peringkat awal musim panas ini adalah bukti bahawa kami tekad untuk mengembangkan prestasi pada musim 2014/2015 dan terus melaksanakan pelan jangka panjang pada masa depan," katanya lagi.

Juanmi memperoleh lapan gol untuk Malaga dalam perlawanan La Liga Sepanyol musim 2014/2015.

Artikel Lain