suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATP Queen: Andy Murray Mara Ke Pusingan Kedua

HANYA selepas lebih 10 hari tewas di tangan Novak Djokovic pada separuh akhir Terbuka Perancis, Andy Murray bangkit dengan kemenangan 6-4, 7-5 ke atas Yen-Hsun Lu pada Kejuaraan Aegon di Kelab Queen.

Kemenangan itu menjadikan Murray melangkah ke pusingan kedua 

Dalam permainan selama satu jam dan 19 minit itu, Murray menggandakan tenaganya ketika berdepan dengan pemain nombor 63 dunia pada Selasa.

Murray sebelum ini pernah menewaskan Lu dalam perlawanan semasa Olimpik 2008 di Beijing.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, beliau menyifatkan sebagai sesuatu yang bagus buatnya untuk kembali menang.

"Saya gembira dapat memperoleh kemenangan. Saya merasakan telah melangkah dengan baik. Saya tidak merasakan memulakan permainan dengan baik tetapi tangkas dalam permainan," kata Murray.

Murray disenaraikan sebagai pilihan utama di Queen tahun ini dan akan mengejar gelaran keempat dalam kejohanan minggu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain