Vettel Semakin Serasi Bersama Ferrari - Sukan | mStar

Vettel Semakin Serasi Bersama Ferrari

SELEPAS berjaya mencapai lima keputusan podium daripada tujuh perlumbaan, pelumba Ferrari, Sebastian Vettel mengakui terkejut dengan potensi yang ditunjukkan oleh pasukannya.

Sepanjang kariernya, Vettel telah memenangi kejuaraan dunia sebanyak empat kali bersama pasukan Red Bull tetapi membuat keputusan untuk menyertai Ferrari pada awal musim ini.

Keputusan yang dibuat itu dilihat sebagai pilihan yang tepat buat dirinya dan pasukan Ferrari.

Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya mencapai keputusan podium semasa perlumbaan pertamanya bersama Ferrari di Australia sebelum mencapai empat keputusan podium termasuk kemenangannya semasa perlumbaan di Malaysia.

"Sejak saya mula mengenali pasukan Ferrari, saya secara positif, terkejut dengan potensi, tenaga kerja, serta semangat yang ditunjukkan oleh pasukan ini.

"Pada dasarnya, ia merupakan satu permulaan yang baik bagi kami dan saya amat gembira di mana saya berada sekarang.

"Ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi saya," kata Vettel.

Prestasi pelumba kelahiran Jerman pada musim ini meletakkannya di tangga ketiga dalam kedudukan pemandu dengan 108 mata, 43 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton.

Walaupun gelaran Juara Dunia sukar dicapai, Vettel merasakan  mampu mencapai lebih banyak kemenangan sebelum musim ini berakhir.

"Kami tahu ke mana arah yang ingin dituju dan gembira untuk memberikan segala-galanya kepada pasukan ini.

"Cabarannya adalah untuk membawa Ferrari kembali sebagai pasukan terbaik dan kami berkerja keras untuk mencapai matlamat tersebut.

"Kami melalui permulaan yang baik pada musim ini dan matlamatnya adalah untuk mencapai lebih banyak kemenangan," kata Vettel lagi.
Vettel

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain