suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MotoGP: Lorenzo Tawan Litar Catalunya

PELUMBA Sepanyol, Jorge Lorenzo mendominasi aksi di Litar Catalunya sekaligus meraih kemenangan keempat berturut-turut perlumbaan MotoGP musim ini.

Pelumba Yamaha Factory itu mencatat rekod terbaharu 102 pusingan, mengatasi rekod yang dilakukan Casey Stoner sebelum ini dengan 88 pusingan.

Lorenzo mencatat masa terpantas 42'53.208 saat menewaskan rakan sepasukan Valentino Rossi di tempat kedua dengan kelebihan masa 00.885s.

Sementara itu, pelumba Honda HRC, Dani Pedrosa berada di tempat ketiga, diikuti Andrea Iannone (Ducati) dan kelima Bradley Smith dari pasukan Yamaha Tech.

Selain itu, juara dunia Marc Marquez mengharungi musim malang apabila gagal menamatkan saingan buat kali kedua berturut-turut selepas kemalangan di pusingan kelapan.

"Saya berlumba di litar sendiri dan cuba memberikan aksi seratus peratus. 

"Namun ia amat sukar jika kamu tidak berada dalam keadaan terbaik, dan perkara seperti ini akan berlaku," jelas Marquez.

MotoGP, Jorge Lorenzo

Artikel Lain