suria

Piala Dunia Wanita: Montoya Terlepas Hukuman Guna Tangan Halang Bola

PEMAIN Colombia, Daniela Montoya terlepas daripada hukuman pengadil selepas insiden menampan bola ketika aksi Piala Dunia Wanita bertemu Perancis awal pagi Ahad.

Sebelum ini sejarah bola sepak dunia hanya terkenal dengan jaringan aksi 'Hand of God'  Diego Maradona yang memberi kemenangan kepada Argentina sekaligus menyebabkan England tersingkir daripada saingan Piala Dunia 1986.

Namun kini aksi tersebut dapat dilihat dalam perlawanan wanita yang turut menggunakan tangan ketika menghalang tandukkan pemain Perancis.

Pada perlawanan tersebut, Perancis tewas 2-0 dalam saingan Kumpulan F, namun insiden menggunakan tangan lebih menjadi perhatian.

Kontroversi itu berlaku pada babak kedua perlawanan ketika pemain Perancis, Eugine Le Sommer yang berada dalam kotak penalti cuba menanduk bola, namun Montoya menolak bola tersebut seperti bermain bola tampar.

Malangnya, pengadil perlawanan hanya menyedari insiden itu selepas beberapa minit yang menyebabkan Perancis terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan 1-1 jika diberi sepakan penalti ketika itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain