suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Kelebihan Tiga Pin, Muhamad Rafiq Raih Emas

SINGAPURA: Pemain boling negara, Muhamad Rafiq Ismail meraih pingat emas pertama Malaysia pada hari pertama acara boling Sukan SEA ke-28 di Orchid Country Club, Yishun dekat pada Selasa.

Pemain berusia 18 tahun itu berjaya mengumpul 1,308 jatuhan pin, hanya tiga pin mengatasi Annop Arromsaranon dari Thailand dalam acara perseorangan lelaki.

Pingat gangsa milik pemain tuan rumah, Javier Tan yang mengumpul 1,284 jatuhan pin.

Pemain muda negara itu bermula baik apabila menguasai arena sejak dari mula dengan melakukan 246, 221, 235 dan 225 pin dalam empat permainan pertama, namun pada dua permainan berikutnya beliau hanya mendapat 192 dan 189 jatuhan pin.

"Saya mendahului Annop, Javier dan Ryan Lalilasang dari Indonesia dengan 30 pin selepas tamat permainan kelima.

Jurulatih (Holloway Cheah) beri nasihat kepada saya untuk cuba mendapatkan balingan terbaik dan fokus kepada pertandingan.

"Masalah timbul bila saya tidak mengubah balingan dengan cepat dan itu menyebabkan permainan saya tidak begitu baik," katanya.

Kejayaan meraih pingat emas pertama pada penampilan pertama di Sukan SEA kali ini, menjadi pemangkin kepada dirinya untuk cuba meraih pingat emas lagi di sini.

"Saya tidak menghadapi masalah bermain dalam paten minyak dan saya berharapdapat beraksi dengan baik sekali lagi esok (Rabu)  dalam acara beregu," kata pemain kidal berasal dari Selangor itu.

Sukan SEA

Artikel Lain