suria

Mourinho Mahu Higuain Ganti Drogba

CHELSEA sedia membida penyerang Napoli, Gonzalo Higuain sebanyak £30 juta bagi menyatukan semula pemain itu dengan Jose Mourinho.

Bintang Argentina berkenaan pernah menjadi anak didik Mourinho ketika jurulatih kelahiran Portugal tersebut mengendali Real Madrid.

Mourinho dilapor mahu membawa Higuain ke Chelsea bagi menggantikan Didier Drogba yang kini bergelar 'kuda tua'.

Bagaimanapun, sebelum menawarkan kontrak, Chelsea akan membuat beberapa permintaan untuk dipersetujui Higuain.

Higuain selain itu turut diminati sejak sekian lama oleh Arsenal, namun permintaan gaji dan yuran pemindahan yang tinggi menghalang kelab itu daripada mendapatkan penyerang berkenaan.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain