suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Yakin Dapatkan De Gea Dengan Mudah

REAL MADRID yakin akan memenangi persaingan denga Manchester United bagi mendapatkan David De Gea pada jendela pemindahan pemain Julai ini.

Kelab gergasi Sepanyol itu percaya De Gea tidak akan melanjutkan kontrak bersama United yang akan berakhir dalam tempoh 12 bulan.

Berikutan itu juga, Real Madrid dapat membelinya dengan harga lebih rendah iaitu £15 juta - tanpa perlu menawarkan pemain sebagai pertukaran.

Bagaimanapun United dijangka tidak akan menerima bidaan serendah itu selepas membeli penjaga gol berkenaan pada harga £17.8 juta dari Atletico Madrid, empat tahun lalu.

Sepanjang empat tahun di United, De Gea yang pada mulanya menghadapi masa sukar berjaya meletakkan dirinya sebagai penjaga gol nombor satu dunia ketika ini.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu tampil cemerlang dibawah kendalian Louis Van Gaal sehingga menjadi rebutan kelab ternama.

Real Madrid, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain