suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasatan Bakal Dedah Sepp Blatter Dalang Skandal Rasuah Fifa

NEW YORK: Laporan akhar The New York Times mendedahkan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke yang merupakan orang kanan Presiden, Sepp Blatter telah membuat transaksi bank sebanyak AS$10 juta (RM 36.95 juta) kepada akaun yang juga dikawal oleh seorang pegawai bola sepak berpangkat tinggi.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, pemindahan berjuta-juta dolar pada 2008 daripada Fifa ke akaun yang dikawal oleh bekas naib presiden FIFA, Jack Warner merupakan elemen penting bagi skandal rasuah yang berterusan melanda pihak yang mengawal bola sepak dunia itu.

Akhbar itu yang memetik beberapa pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, pembayaran tersebut adalah sebahagian penting daripada dakwaan yang dibuat minggu lalu terhadap sembilan pegawai Fifa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Ini juga menunjukkan jejak wang tersebut kini menjurus lebih dekat kepada Presiden Fifa, Sepp Blater berbanding sebelum ini. - AFP

Fifa, New York Times

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain