suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Theo Walcott Berharap Kontrak Bersama Arsenal Disambung

Theo Walcott. Foto EPA

THEO Walcott mengakui menyimpan hasrat untuk terus bersama Arsenal dan berharap agar kontraknya di Stadium Emirates dapat dipanjangkan.

Kontrak Walcott bersama Arsenal akan berakhir pada musim panas ini.

Terdahulu, khabar angin mengatakan bahawa Arsenal mahu melepaskan pemain itu kerana prestasinya yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Walcott berjaya membuktikan kemampuannya dalam beberapa permainan terakhir musim ini.

Walcott mencatatkan gol pembukaan buat Arsebal semasa pasukan itu meraih kemenangan 4-0 pada perlawanan akhir Piala FA ketika menentang Aston Villa pada awal pagi Ahad.

Pemain kelahiran London itu terus berharap agar beliau diberikan peluang untuk terus bermain lebih lama bersama Arsenal.

"Saya yakin perkara ini akan diselesaikan dengan segera. Ia tentu mengambil masa," kata pemain berusia 26 tahun itu.


Theo Walcott, Arsenal

Artikel Lain