suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Perlawanan Roger Federer-Gael Monfils Ditangguh

Roger Federer (kanan) bersama Gael Monfils selepas perlawanan pusingan keempat mereka pada Kejohanan Terbuka Perancis di Paris pada Ahad ditangguhkan. Foto EPA

PERLAWANAN antara Roger Federer dan Gael Monfils dalam pusingan keempat Kejohanan Terbuka Perancis pada Ahad terpaksa ditangguhkan disebabkan cuaca mendung.

Juara bertahan Federer akan kembali menentang Monfils pada Isnin bagi menentukan kedudukannya pada peringkat suku akhir.

Perlawanan antara dua pemain tersebut pada kejohanan yang berlangsung di Paris bermula agak lewat berikutan cuaca hujan sebelum itu.

Federer mencatatkan mata pada set pembukaan dengan 6-3 dalam tempoh hanya 29 minit. Monfils pula kembali memberi saingan pada set kedua dengan 6-4.

Kesemua permainan yang tidak dapat diteruskan pada Ahad akan bermula atau disambung pada Isnin.

Penganjur dan para peminat berharap supaya kejohanan mengikut jadual tanpa cuaca hujan.

Artikel Lain