suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kei Nishikori Jadi Pemain Tenis Jepun Pertama Ke Suku Akhir Terbuka Perancis

> Ia adalah pencapaian pertama dalam tempoh 80 tahun

> Nishikori tumpaskan Teymuraz Gabashvili

> Akan bertemu pemain pilihan ke-14, Jo-Wilfried Tsonga di suku akhir

PEMAIN Jepun, Kei Nishikori mencatatkan satu lagi rekod peribadi baru apabila menjadi pemain pertama dari negaranya yang berjaya mara ke suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis dalam tempoh 80 tahun.

Ia juga adalah pencapaian yang pertama untuk pemain pilihan kelima itu mara ke suku akhir kejohanan Grand Slam atas gelanggang tanah liat.

Dia menumpaskan pemain Rusia, Teymuraz Gabashvili 6-3, 6-4, 6-2.

Tahun lepas Nishikori,tersingkir pada pusingan pertama tetapi kemudian berjaya mara ke final Terbuka Amerika Syarikat.

Pada final Terbuka Amerika, Nishikori mencatat sejarah sebagai pemain dari benua Asia yang pertama berjaya mara ke final kejohanan Grand Slam.

Lapan puluh tahun yang lalu, Jiro Satoh, menjadi pemain Jepun yang pertama berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Perancis iaitu pada 1931 dan 1933.

Bagi Nishikori, 25, ini juga adalah peringkat suku akhirnya yang keempat dalam kejohanan Grand Slam.

Sebelum Terbuka Perancis, Nishikori berjaya mempertahanankan gelaran Terbuka Barcelona kemudian berjaya ke separuh akhir Terbuka Madrid.

Pencabarnya di suku akhir nanti ialah pemain pilihan ke-14, Jo-Wilfried Tsonga, yang berjaya menumpaskan pemain pilihan keempat, Tomas Berdych 6-3, 6-2, 6-7 (5), 6-3.

Nishikori mempunyai rekod cemerlang 4-1 ke atas pemain Perancis itu.

Artikel Lain