suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Sedia Jual Van Persie Kepada Juventus

FINALIS Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Juventus akan meneruskan usaha mengumpul bekas pemain Manchester United di kelab itu apabila menjadikan Robin van Persie sebagai bintang terbaru.

Juventus sebelum ini telah membawa masuk Carlos Tevez, Patrice Evra selain bintang muda yang menjadi buruan kelab ternama dunia iaitu, Paul Pogba.

Bagaimanapun usaha Juventus mendapatkan Van Persie tidak sukar kerana Louis van Gaal sedia melepaskan penyerang Belanda berkenaan jika United mampu membawa Gonzalo Higuain ke Old Trafford.

Van Persie, 31, yang mempunyai baki kontrak setahun lagi akan dilepaskan United selepas dia gagal membantu kelab tersebut dengan menjaringkan lebih banyak gol pada musim ini.

Higuain, 27, dilaporkan menjadi buruan Van Gaal untuk digandingkan bersama Wayne Rooney di bahagian serangan.

Sebelum ini, seorang lagi penyerang United, Radamel Falcao telah dibenarkan pulang ke Monaco selepas mempamerkan aksi mengecewakan sepanjang dipinjamkan ke Old Trafford.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain