suria

England Disaran Boikot Piala Dunia 2018

Lord Triesman

BEKAS pengerusi FA England, Lord Triesman mengajak skuad bimbingan Roy Hodgson memboikot Piala Dunia 2018 dan menganggap negara itu lebih sempurna untuk menganjur kejohanan sukan berkenaan berbanding Rusia.

Triesman juga menyarankan England memboikot Piala Dunia kerana Fifa telah melakukan perkara yang memalukan sukan bola sepak.

Individu yang mengetuai England untuk membida Piala Dunia 2018 berkata," jika masih di FA, saya akan meminta UEFA tidak menghantar pasukan ke Piala Dunia 2018 jika ia diadakan di Rusia.

"Walaupun Blatter tiada lagi di Fifa, kita patut terus memboikot.

"Di England kita mempunyai stadium terbaik termasuk Old Trafford, Emirates, Wembley dan Stadium Olympic, malangnya tidak terpilih."

Usaha untuk mengadakan semula undian berhubung status tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2012 yang diadakan Qatar baru-baru ini telah diserbu pihak berkuasa akibat skandal rasuah memalukan dunia.

England, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain