suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roma, Liverpool Rebut Edin Dzeko

ROMA menyertai Liverpool dalam saingan mendapatkan penyerang Manchester City, Edin Dzeko yang dikatakan telah mengecewakan kelab berkenaan pada musim ini.

Dzeko, 29, hanya membuat 11 penampilan dan menjaringkan empat gol sepanjang musim ini dan peluang lebih diberikan kepada Wilfried Bony.

Berikutan itu juga, Roma merasakan City akan melepaskan pemain itu pada Julai ini.

Roma terdesak untuk mendapatkan penyerang baru apabila gandingan penyerangnya, Francesco Totti dan Adem Ljajic hanya mampu menjaringkan sembilan gol.

Bagaimanapun Roma dan Liverpool mungkin akan dituntut yuran pemindahan lebih tinggi kerana Dzeko baru melanjutkan kontraknya selama empat tahun pada Ogos tahun lalu.

Jika bidaan munasabah, tidak mustahil City melepaskan pemain itu kepada Roma berbanding Liverpool yang merupakan pesaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Roma, Liverpool

Artikel Lain