suria

Rafael Benitez Sedia Tandatangani Perjanjian 2 Tahun Bersama Real Madrid

Rafael Benitez
RAFAEL Benitez akan bertemu dengan Real Madrid pada Isnin untuk memuktamadkan butiran mengenai kontrak dua tahun, menurut laporan.

Carlo Ancelotti dipecat pada Selasa dan ejen FIFA Ernesto Bronzetti memberi jaminan '99 peratus' bahawa Benitez yang kini merupakan ketua jurulatih Napoli akan menjadi Jurulatih seterusnya.

Menurut CalcioNapoli24, struktur asas perjanjian dua tahun itu telah tersedia dan butiran kecil akan dimuktamadkan pada Isnin.
Dia tidak boleh menandatanganinya sebelum Isnin, kerana Napoli masih mempunyai perlawanan penentuan menentang Lazio pada malam Ahad dan hanya kemenangan akan membolehkan mereka layak ke pusingan awal Liga Juara-Juara.

Sementara itu Milan sedang cuba untuk meyakinkan Ancelotti untuk kembali ke San Siro ketika Ketua Pegawai Eksekutif Adriano Galliani makan malam bersama Bronzetti malam tadi di Madrid.



Real Madrid, Rafael Benitez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain