suria

Terbuka Perancis: Nadal Mara Ke Pusingan Kedua

RAFAEL Nadal memulakan aksi pertama Terbuka Perancis dengan lancar selepas menang 6-3 6-3 6-3 ke atas Quentin Halys pada Selasa.

Pun begitu, kemenangan tersebut bukan mudah buat Nadal kerana terpaksa bekerja keras mengetepikan pemain muda tuan rumah berusia 18 tahun itu.

Bekas pemain No.1 dunia ini dalam misi menjadi pemain pertama merangkul 10 gelaran dalam satu kejohanan Grand Slam, namun pastinya Nadal terpaksa melalui cabaran sengit.

Nadal dijangka berdepan dengan laluan sukar dan kemungkinan besar akan bertemu Novak Djokovic pada aksi suku akhir seterusnya perlu menewaskan Andy Murray dalam saingan separuh akhir sebelum berdepan dengan Roger Federer di pentas akhir.

Sementara itu, pada aksi pusingan kedua nanti, Nadal bakal berdepan dengan Nicolas Almagro atau Alexander Dolgopolov.

Rafael Nadal, terbuka perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain