suria

Di Matteo Letak Jawatan Ketua Jurulatih Schalke

ROBERTO Di Matteo meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kelab Jerman, Schalke selepas dua hari dia dilaporkan dipecat oleh kelab tersebut.

Di Matteo menyertai Schalke pada Oktober 2014 menggantikan Jens Keller dan membimbing Royal Blues mara kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara (CL) musim ini.

Mereka tewas kepada juara bertahan Real Madrid secara agregat 5-4 walaupun pada aksi kedua Schalke menang 4-3 di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun Schalke hambar dalam aksi liga musim ini dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-6 selepas tewas 2-0 kepada Hamburg pada perlawanan terakhir Liga Jerman.

Minggu lalu laporan Di Matteo dipecat tersebar, namun Pengurus Besar kelab Horst Heidt menafikannya.

Menurut bekas pengendali Chelsea berusia 44 tahun itu, dia membuat keputusan tersebut kerana Schalke tidak menyediakan syarat jaminan untuk sukses.

"Dua hari lalu, saya dan Heldt bukan sahaja berbincang mengenai rekod tujuh bulan lalu, tetapi lebih kepada perancangan musim depan.

"Saya membentangkan idea yang mampu memberi kejayaan pada masa depan dan jaminan kesan daripada itu. 

"Namun kelab mempunyai pandangan berbeza dan tidak menerima pandangan itu," jelas Di Matteo.

Roberto Di Matteo, Schalke

Artikel Lain