suria

Peminat Spurs Tak Lepas Peluang Ke Shah Alam

Harry Kane bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan di Stadium Shah Alam, petang Rabu.

SHAH ALAM: Peminat Tottenham Hotspur tidak melepaskan peluang menyaksikan kelibat pemain pasukan kegemaran menentang pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam, Rabu malam.

Kunjungan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ternyata dinanti-nantian kerana ada yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan perlawanan persahabatan itu.

Iskandar Faizal, 32,  berkata perlawanan ini bermakna buat dirinya kerana dia adalah peminat setia pasukan Spurs.

"Tottenham Hotspur merupakan pasukan kegemaran saya dan pada masa sama saya juga peminat setia Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya sanggup datang ke sini bersama isteri, Farhana Hanafee untuk menyaksikan aksi Spurs walaupun JDT juga akan bermain malam ini untuk Piala AFC.

"Saya tidak boleh lepaskan peluang menyaksikan pasukan kegemaran kerana ia jarang berlaku," kata Iskandar dari Johor Bahru.

Kata Iskandar, beliau percaya pasukan pilihan Malaysia mampu memberi tentangan hebat kepada Spurs dengan penglibatan lima pemain luar.

"Saya percaya pasukan Malaysia mampu memberikan saingan yang kuat kerana mereka akan menggunakan lima pemain import jadi  Spurs tidak boleh memandang rendah kepada pasukan negara," katanya.

Tottenham Hotspur, Shah Alam, EPL

Artikel Lain