suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA: Azraai Bawa Sinar Baru Kepada Kelantan - Penyokong

KUALA LUMPUR: Rata-rata penyokong Kelantan menyifatkan jurulatih skuad itu, Mohd Azraai Khor Abdullah telah membawa sinar baru terhadap pasukan kesayangan mereka apabila berjaya ke final Piala FA.

Mereka yang ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil pada petang Sabtu, mengakui tidak menaruh harapan tinggi terhadap skuad The Red Warriors (TRW) selepas mempamerkan aksi tidak seimbang pada awal musim Liga Malaysia.

Bagaimanapun Mohd Azraai yang dilantik membimbing Kelantan pada Mac berjaya membawa pasukan itu ke final untuk menentang Lions XII.

Kelab Penyokong Kelantan Kecik 8, menjelaskan mereka berpuas hati dengan cara pengendalian yang dilakukan Mohd Azraai kerana membuahkan kejayaan.

"Setakat ini kami amat berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pasukan Kelantan.

"Dari segi taktikal dan pemilihan pemain, Azrai merupakan jurulatih terbaik di Malaysia. Alhamdulillah Azrai telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir," katanya.

Tambahnya, mereka dan penyokong lain berharap Mohd Azraai dapat membantu Kelantan kembali sebagai pasukan yang digeruni selepas ini.

Kelantan, Singapura

Artikel Lain