suria

Krisis Liverpool Bukan Sahaja Atas Padang Tapi Juga Di Mahkamah

Isteri Brendan Rodgers, Susan terpaksa mengheret suaminya ke mahkamah bagi membolehkannya mendapat bayaran nafkah setelah mereka membuat keputusan untuk duduk berasingan dan bukannya bercerai.

> Pengurus pasukan Brendan Rodgers berpisah dengan isteri

> Isteri terpaksa bawa kes mereka ke mahkamah untuk selesaikan soal bayaran pampasan

> Perkahwinan mereka cuma bertahan 14 tahun

NAMPAKNYA masalah Liverpool bukan sahaja di atas padang dengan pemain utama mereka Raheem Sterling enggan menandatangani kontrak baru bernilai RM560,000 seminggu tetapi pengurus mereka, Brendan Rodgers juga berhadapan dengan krisis peribadinya sendiri apabila terpaksa naik ke mahkamah untuk menyelesaikan isu bayaran pampasan kepada isterinya.

Pengurus yang berusia 42 tahun itu membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Susan selepas 14 tahun bersama tahun lalu.

Sejak mereka berpisah, dia dilihat keluar bersama bekas kakitangan kelab tersebut yang dikenali dengan nama Charlotte Hind, 31.

Peguam isterinya itu menyatakan betapa Susan berasa sangat sedih kerana terpaksa mengheret Rodgers ke mahkamah bagi menyelesaikan tuntutan bayaran nafkah.

Selepas kes mereka didengar di sebuah mahkamah keluarga di London, hakim membuat keputusan yang Rodgers akan memberi bayaran nafkah kepada Susan.

Bayaran itu adalah dalam bentuk bulanan yang mana jumlahnya tidak didedahkan kerana mereka secara rasminya di atas kertas tidak bercerai tetapi hidup berasingan.

Sam Hall, dari peguambela JMW yang mewakili Rodgers, berkata: "Anak guam saya telah memohon kepada semua pihak agar menghormati kehidupan peribadinya."

Rodgers dan Susan berkenalan ketika dia bermain untuk kelab bolasepak Reading.

Mereka mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu pemain Oldham Athletic, Anton, 20, dan anak perempuan bernama Mischa, 17.

Sejak membuat keputusan untuk berpisah, Rodgers telah berpindah ke sebuah flat bernilai £1.2 juta.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain